Ruj.Kami:SKSJ(HEM)/700-2/3 ( )
Tarikh :
04 Februari 2013
Ibubapa/Waris
Murid-murid SK Seberang Jaya
Tuan
Perjumpaan Ibubapa/Waris Bersama
Guru Kelas
SKSJ Dan Ganti Persekolahan
Sempena Tahun Baru Cina.
Dengan
segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah
ingin menjemput ibubapa/waris sekolah ini untuk hadir ke sekolah mengikut ketetapan berikut:-
Bil
|
Tarikh
|
Program
|
Ibubapa/Waris
Yang terlibat
|
Tempat
|
1.
|
9.3.2013
Masa
8.00pg – 12.00tengah Hari |
Perjumpaan waris dan Guru
Kelas
laporan prestasi UPP dan
UPTP 1 oleh guru kepada semua ibubapa
|
Tahun 4
Tahun 5/6
|
Kelas
Masing- masing
Di kantin
|
2.
|
9.3.2013
8.00pg – 10.00pg
10.00pg- 12.00tengahari |
Taklimat PBS dan KSSR Perjumpaan guru dan guru kelas KSSR |
Ibubapa
Tahun 1 , 2 dan 3
|
Dewan
Terbuka |
3. Perkara kedua yang ingin dimaklumkam bahawa hari ganti
persekolahan sempena Tahun Baru Cina yang dijadualkan pada 9.3.2013 terpaksa ditunda ke 16.3.2013 (Jadual Hari Khamis) atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk keselarasan bagi semua sekolah-sekolah
Negeri Pulau Pinang
4. Pihak sekolah memohon maaf di atas segala kesulitan yang
tuan/puan hadapi berhubung dengan pindaan tarikh di atas.
5. Pihak kami juga memohon jasabaik keperihatinan dan kehadiran
tuan/puan bagi 2 program yang disebutkan dalam perkara 2 demi kecemerlangan
anak-anak SKSJ.
Sekian,
terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
t.t.
--------------------------------
(PN. NORSIAH BT BAHARUM)
Guru Besar,
Sk Seberang Jaya,Persiaran Siakap ,13700 Perai