Ruj.Kami : SKSJ(KOKO)800-7/1(8)
Tarikh
:
12 Jun 2013
Semua Ibubapa/ Waris/ Penjaga,
Sek. Keb. Seberang Jaya.
Tuan / Puan,
JEMPUTAN KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKSJ KALI KE-27
Sukacitanya dimaklumkan Sekolah Kebangsaan Seberang
Jaya, Persiaran Siakap akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-27 pada
ketetapan berikut:
Tarikh : 22 Jun 2013 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Padang SK Seberang Jaya, Persiaran
Siakap
2. Sehubungan itu, pihak sekolah dengan
berbesar hati ingin menjemput tuan / puan untuk hadir bagi menyaksikan dan memeriahkan
Kejohanan Sukan Tahunan yang akan berlangsung pada butiran seperti di atas.
3. Untuk
makluman pihak tuan/puan sekolah akan bercuti
pada hari Isnin (24 Jun 2013) dan akan bersekolah semula pada hari Selasa
(25 Jun 2013).
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
t.t
.....................................................
(PN. NORSIAH BT. BAHARUM)
Guru Besar,
SK. Seberang Jaya,
Persiaran Siakap,
13700 Perai,
Pulau Pinang.